10 soalan 10 jawapan :)






1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
^^melalui blog http://fiqracake.blogspot.com

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
^^untuk mengeratkan hubungan persahabatan dengan kawan baru.

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
^^NUR ALIA SYUHADA BT SAUDI * comel kan ? hehe

4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
^^sweet 19 years old :) peace. muda lagi!

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
^^ untuk membahagiakan hati mak dan ayah !
^^cemerlang dalam pelajaran dan dapat jadi guru !
^^nak bawa mak dan ayah pergi haji dgn duit gaji pertama. insyallah :)
^^nak belajar buat kek sebab sangat-sangat berminat dengan cullinary and art !
^^nak pergi melancong ke sipadan island bersama org tersayang :)
LASTLY :
^^ nak jadi anak yg solehah buat ayah dan bonda tercinta dan nak menjaganya sewaktu mereka sudah tua sebagaimana mereka menjaga saya ketika kecil :) insyaallah. amiin !.
^^ingin menyayangi dan mencintai suami sy nanti sepenuh hati :))

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
^^ berdoa kepada ALLAH swt supaya terlepas daripada hukum gantung !
^^ saya akan berusaha sedaya mungkin menegakkan kebenaran bahawa saya memang tidak bersalah dalam hal ini.

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
^^saya hanya percaya kepada rakan yg memang saya kenali !

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
^^ya ! saya memang suka cabaran.
contohnya : sy memang gemar "jungle tracking' sebab terpaksa menempuh banyak halangan seperti mendaki gunung,terpaksa berjalan dalam hutan dan merentasi halangan seperti anak sungai dan lumpur ! *memang mencabarrr !

9) Awak makan sehari berapa kali?
^^ for sure 2 kali sehari :) *jaga badan ~

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
^^ mohon ampun dan maaf andai pernah buat salah dan silap kepada semua orang yang mengenali diri saya . yela, semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan :)
^^nak menunaikan fardu haji di mekah bersama bonda, ayah dan suami tercinta :)
^^tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa dan sentiasa membaca al-quran supaya jiwa dan hati sentiasa tenang :)
^^mahu bercuti ke pulau sipadan . memang best dapat melihat keindahan alam semulajadi dan tenangkan fikiran di sana ! *enjoyy !!
^^ nak tambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang sejarah di peringkat ijazah sarjana muda sejarah di universiti malaysia sabah :) ilove history very much !

iloveyou sweety =)

No comments: