Ya Allah.. Syukur di atas Nikmat pancaindera-Mu
Dengan penglihatanAku dapat melihat segala kekuasaan-MU,Mengagumi segala kebesaran-Mu
Namun..
Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,Melihat pada yang tak sepatutnya,Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.
Seketika kutersedar...
Mungkin belum terlambat,Untukku pahatkan dalam diri,
Bahawa.. Aku mahu berubah!!!
Ya Allah,Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,
Alhamdulillah..Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,Membangunkan sifat malu,Yang selama ini tersorok dalam diri,Kutundukkan pandanganku,Yang selama ini meliar!Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,Kutempis segala teguran sinis,Kutekadkan dalam kalbuku,
Bahawa... Aku mahu berubah!! !Ya Allah,Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,Terleka dengan duniawi,Terkadang kuabaikan ukhrawi,
Subhanallah,Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung,Kau sedarkanku di saat aku hanyut,Masih tak terlambat,Untuk suatu perubahan,Kuakur pada kekuasaan-MU,
Lantas,Kulaungkan dalam hatiku,Aku mahu berubah!!!
Ya Allah,Kupohon hidayah-MU,Duhai ayahanda dan bonda,sahabat-sahabat,serta teman-teman,
Bantulah daku,Bimbinglah daku,Dalam mencari,
Cinta yang paling Agung,Cinta yang Esa,
Sesungguhnya,
AKU MAHU BERUBAH!!!
No comments:
Post a Comment